Friday, August 29

persepsi-hati...

Kawan..

Aku punya ramai kawan... tapi tak semuanya membantu.. ada yang menjadi kawan ketika aku berduka, dan ada yang kawan hanya ketika aku gembira... Aku pelajari pelbagai benda dalam mengenali hati dan budi orang lain.. begitu juga persepsi hati mereka.. kadangkala aku melukai mereka, tapi jarang sekali aku tidak mengucapkan perkataan maaf kepada mereka..

Mungkin itu sekadar gurauan.. tapi aku pelajari, kadangkala gurauan boleh mengubah persepsi mereka.. begitu juga aku, mungkin kadangkala gurauan mereka mengubah persepsi aku terhadap mereka... sekali lagi, perkataan maaf tidak pernah luput dari bibir aku mahupun bibir mereka...

Perempuan...

Benarkah dapat mengubah sebuah persahabatan??
Kepentingan dan keakraban, benarkah boleh diubah oleh seorang perempuan??
bukannya niatku untuk mendiskriminasi jantina lain, tapi hakikatnya itu yang berlaku pada aku.. Sahabat dan rakanku berubah disebabkan ini.. aku bukannnya mengharapkan perhatian dari sahabat dan rakanku (i'm not a GAY!), tapi, aku cuma ingin dorang mengerti, fahamilah rakan yang lama mengenali anda..

maaf jika wujud kesalahan dari diri aku sendiri, tapi jangan kau berubah disebabkan orang yang baru kau kenali.. ingat, kawan boleh dicari, tetapi, keikhlasan seorang kawan? bolehkah kita jumpa?? boleh kita lihat??

sekali lagi... itulah guna persepsi-hati... pandang dengan hati, nilai dengan akal, tafsir dalam diri..

Friday, August 22

pilihan..

sememangnya dalam hidup, kita kene membuat pilihan.. begitu juga aku.. kejayaan yang diperoleh mestilah berdasarkan pemilihan yang tepat.. bagaimana membuat pilihan yang tepat??itulah gunanya pengalaman.. pengalaman yang banyak ajarkan kita erti kehidupan..

aku membuat pilihan untuk menyukai orang lain..
dalam masa yang sama aku disukai oleh orang lain..
tetapi aku teruskan untuk memilih yang lain..
orang persoalkan,kenapa aku memilih yang lain..
sedangkan yang lain belum tentu memberi jamin..
tapi aku tetap teruskan memilih yang lain..
kerana aku mahukan pengalaman yang lain..
pengalaman yang ajarkan aku untuk menjadi orang lain..
lain dari mereka yang biasa, mahupun yang luar biasa..
walaupun aku hanya insan biasa..
tanpa harta,rupa mahupun gaya yang mempersona..
tapi aku mampu memberi keikhlasan yang sememangnya tiada pada mereka yang lain..
itu janji aku..
mungkin berbeza dari mereka yang lain...
tapi itulah aku.. hanya aku yang mengerti siapa itu aku...
aku akan membuka pintu untuk mereka mengenali aku..
tapi adakah mereka akan membuka pintu untuk aku..


hurm.. itulah dia pilihan... pilihan bukan terletak pada tangan mereka.. tapi terletak pada tangan aku sendiri.. aku yang membuat pilihan hidup aku.. dan aku yang tentukan perjalanan hidup aku..

jika mereka-mereka ini mampu memberikan aku pilihan yang sempurna, mengapa tidak muncul saja dari dulu... oleh itu, buka kanlah langkah ku, agar aku dapat mempelajari erti kehidupanku sendiri..

Friday, August 15

boneca - tunjukkan aku

musik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis

belum ku selami
caturan terjadi
lelah di pukul badai
apa mungkin terlerai..

Soalan tersedu
balas hampa bisu
tuhan, tunjuk sesuatu
apa dia yang satu itu
tunjukkan aku

Apa bisa ku cinta
kamu seperti mana
aku dicinta kamu
aku dijaga kamu
atau kamu terlalu
indah buat diriku
beda dari diriku
aku pun tak menahu

-----------------------------------------------------------------------------

menarik lagu ni.. first tyme aku dgr, aku trus suke.. terutama bila sampai part lirik yang aku bold-kan tu.. bukan bermaksud aku terlalu jiwang, cume pada aku, btol kate pnulis lirik lagu ni... aku pnah mghadapi seperti apa yang dinyatakan, dan kini aku masih lagi dan sedang menghadapinya.. smoga aku sentiasa tabah menghadapi segala dugaan ni... amin...

Thursday, August 14

coretan tanpa perasaan..


lamer dah aku tak menulis sesuatu.. sibuk sikit kebelakangan ni.. aritu terformat pc. habis semua koleksi diari aku... pengajaran yang aku dapat, lain kali buat back-up.. huhu! sejak akhir2 ni aku asyik sibuk dengan urusan dunia.. pelbagai masalah dan musibah aku tpaksa hadapi.. walau begitu, bende2 ni tak pernah mematahkan semangat aku untuk pergi lebih jauh..

syukur, alhamdulillah, cuti smakin hampir, tak sabar aku nak berehat sepuas-puasnya.. harapan aku, semoga cuti kali ni, aku bebas dari sebarang masalah, sama ada masalah dari diri aku sendiri @ dari orang lain.. amin...

Friday, August 1

Ego dan Realiti…

Hurm aku turun dari kereta.. singgah di kedai @ stesen minyak (petrol pump)… bukan nak merungut pasal harga minyak laa… hehe!!!

Masuk ke dalam kedai, aku terus pergi ke cashier counter…
“Kak ‘eno’(ubat serbuk tu..) ader tak?”
“tu ada kat situ”
“erm… maner erh?? takderpun”
“tengok betul-betul”
“err… maner satu??”
“Hey please look wit ur eyes..”
“ohh maaf eh kak, slalu ‘eno’ ni dalam paket, tak perasan pulak ader jual dalam bentuk botol.. maaf eh..”
“…”

Aku tak jadi beli ‘eno’ kat situ. Mungkin agak tersinggung dengan kata-kata kakak cashier tadi… at last aku bli ‘eno’ @ kedai runcit..

Hurm.. mungkin keluarga aku tak mampu nak beli stesen minyak tu.. mungkin juga kakak tu anak tokei kedai stesen minyak tu.. takpun mungkin die tengah moody kot..
Cuma aku terkilan, kemana hilangnya budi bahasa.. bukan berlagak baik, tapi.. ntahla… mungkin aku bukan anak Pak Lah barangkali.. aku adalah anak sebuah keluarga yang sering diuji.. walau apa pun, terima kasih kak untuk pengalaman hari ni..

Mana yang elok dan mana yang tak elok.…

Si ‘a’ beritahu aku pasal sesuatu yang buruk. Aku dah pun tahu tentang keburukan itu (keburukan Si ‘b’). Aku berdegil untuk tidak ambil tahu, kerana pada aku, tiada siapa, yang patut menilai ciptaan Tuhan. Aku juga ciptaanNya. Sebab itu aku berdegil untuk tidak ambil tahu..

Tapi si ‘a’ bertegas untuk memberitahu. Dia tunjukkan mesej2 yang yang telah dihantar si ‘b’ kepada aku. Aku tidakpun membacanya, mungkin terlalu panjang kot… hehe! Walaupun si ‘b’ telah banyak menyakitkan hatiku, keluargaku dan terutama ibuku, aku sentiasa berdoa agar si ‘b’ akan berubah..

Bukanlah bermaksud aku terlalu baik, tapi aku cuba untuk mempelajari apa yang terbaik di dalam kehidupan ini… tindakan si ‘a’ mungkin baik, kerna ingin menyedarkan aku. Tapi aku kena terima hakikat tersebut kerana si ‘b’ itu adalah darah daging aku..

Inilah kehidupan, harus memilih jalan yang terbaik.. kadang2 aku termenung, untuk apa kekayaan dunia semua ini? Bukannya aku tidak bersyukur, aku bersyukur teramat sangat kepada Allah, kerana aku telah melalui zaman kesusahan ku sehingga keluarga ku
menjadi senang, kini.. banyak perkara yang aku pelajari dalam proses kehidupan tu..

Cuma apa yang aku impikan adalah keluarga yang bersatu dan harmoni.. walau apapun terima kasih atas segala dugaan Ya Tuhanku.. InsyaAllah, hambaMu sentiasa akan melakukan apa yang termampu untuk mengatasinya… Amin..