Si ‘a’ beritahu aku pasal sesuatu yang buruk. Aku dah pun tahu tentang keburukan itu (keburukan Si ‘b’). Aku berdegil untuk tidak ambil tahu, kerana pada aku, tiada siapa, yang patut menilai ciptaan Tuhan. Aku juga ciptaanNya. Sebab itu aku berdegil untuk tidak ambil tahu..
Tapi si ‘a’ bertegas untuk memberitahu. Dia tunjukkan mesej2 yang yang telah dihantar si ‘b’ kepada aku. Aku tidakpun membacanya, mungkin terlalu panjang kot… hehe! Walaupun si ‘b’ telah banyak menyakitkan hatiku, keluargaku dan terutama ibuku, aku sentiasa berdoa agar si ‘b’ akan berubah..
Bukanlah bermaksud aku terlalu baik, tapi aku cuba untuk mempelajari apa yang terbaik di dalam kehidupan ini… tindakan si ‘a’ mungkin baik, kerna ingin menyedarkan aku. Tapi aku kena terima hakikat tersebut kerana si ‘b’ itu adalah darah daging aku..
Inilah kehidupan, harus memilih jalan yang terbaik.. kadang2 aku termenung, untuk apa kekayaan dunia semua ini? Bukannya aku tidak bersyukur, aku bersyukur teramat sangat kepada Allah, kerana aku telah melalui zaman kesusahan ku sehingga keluarga ku
menjadi senang, kini.. banyak perkara yang aku pelajari dalam proses kehidupan tu..
Cuma apa yang aku impikan adalah keluarga yang bersatu dan harmoni.. walau apapun terima kasih atas segala dugaan Ya Tuhanku.. InsyaAllah, hambaMu sentiasa akan melakukan apa yang termampu untuk mengatasinya… Amin..
No comments:
Post a Comment