Sunday, April 4

ketabahan si kecil..

lampu tertutup...

angin sejuk mula menyapa, setelah aircond di'on'; lantas anak kecil itu mula baring disisiku..

sudah menjadi rutin harian, 'acu bacakan buku cerita, adik nak dengar cerita princess hari ini'.. ku gapai buku snow white and the 7 dwarfs lalu ku bisikkan pada telinga anak kecil itu..

mungkin menjadi satu lumrah, pabila si kecil berminat, pelbagai soalan dilontarkan.. lantas satu per satu aku jawap, hingga buku itu selamat ku khatamkan kesemua mukasurat nya..

"adik, dah.. tido k.. esok pagi adik nak pergi sekolah.. nanti kalau lambat tido, takut adik tak larat nak gi skolah.. kalo tak larat, macam mane nak jadi budak pandai? macam mana nak jawap sume soalan dari teacher?" anak kecil itu menjawab, "okeh acu! acu pun tido tau.."
senyuman ku lemparkan tanda setuju...

sebelum tido, si kecil ini kebiasannya akan memulakan bacaan doa tido, diikuti dengan suratul fatihah, sebagai doa untuk ayahandanya yang telah pulang bertemu Illahi.. "bismillah hirrahman nirrahim...... "

mungkin kerna aku telahpun lelap di siang hari, maka malam itu, terlalu awal untuk aku lena dibuai mimpi. sesekali aku melihat si anak kecil ini.. aku tersentak, dan hiba, tatkala melihat perilaku anak kecil ini ketika dia mahu melelapkan matanya..

diambilnya baju ibu yang masih belum dibasuh, yang disimpan rapi di sebelah bantalnya.. dikucup rapi.. kemudian diletakkan kembali di sisi bantal tersebut.. kerap kali dia melakukannya, agar mudah untuk dia tidur..

hati kerasku menjadi semakin luluh dan hancur, ku tahan air mata yang sesekali ingin melepaskan diri dari kerdipan mataku.. lalu ku bertanya pada si kecil ini, "adik rindu mama ke?" si kecil mengangguk.. "tak ape, tadi kan dah tengok mama dengan kakak, esok kite pergi hospital lagi k, sekarang adik kene tidur dulu, esok nak sekolah.. acu janji acu bawak adik esok k.." sekali lagi dia mengangguk..

mata si kecil ini semakin kuyu dan layu.. beberapa minit kemudian, matanya terpejam, dan dengkuran perlahannya dapat ku dengari dengan jelas.. berbisik aku pada hati, "haish, letih bermain petang tadi ni.."


buat si kecil ini, aku amat mengagumi ketabahan mu.. yeah, mungkin kamu masih kecil, dan kamu belum mengenali sepenuhnya makna kerinduan,kesedihan dan kehilangan.. ayahmu telah lama pergi, ketika rakan2mu masih mampu menikmati belaian kasih sayang seorang bapa.. ibumu terpaksa mengawasi adindamu yang berada di hospital, lalu engkau hidup seketika tanpa belaian manja seorang ibu.. hanya baju sebagai pengganti, dan selimut arwah ayah melindungi kesejukan dari menghantui diri..

kau amat tabah.. doaku untukmu, agar engkau menjadi insan yang berguna, berjaya di dalam mengejar kejayaan dunia, juga menggapai nikmat syurga di akhirat kelak..