Semakin kite cube perkuatkan iman kite, smakin kuat dugaan yang mendatang.. lantas, iman yang cube dibina atas asas yang kukuh, kembali rapuh sdikit demi sdikit..
"wah, skarang ni dah macam ustaz dah kat fb.. post things yang berunsur agama.. "
senyum...
iman itu tidak dinilai pada apa yang diperkatakan, juga bukan pada apa yang dipertontonkn.. jika seseorang manusia itu tahu berapa nilai iman pada suatu ketika, maka akan tertunduklh sgala nafsu, demi takutnya manusia terhadap Illahi.. dan aku bukan ustaz mahupun ahli agama, untuk membicarakn soal islam, mahupun iman.. tapi cukup pada aku, jika 100 tahun kemudian, aku masih mampu berkongsi rezeki aku bersama mereka yang memerlukan.. walaupun sedikit, akan aku beri..
lantas, ade yang terfikir, 'dah tu, manusia kan mang wat silap, so leklah, memang kekadang iman kite akan roboh.. so btolkan la balik nanti..'
malu aku pada mereka.. bukan kerna aku rase mereka jahil.. tapi aku sendiri yang terasa diriku begitu jahil.. saat sang pencipta memberi aku keimanan, rezeki, hidayah dan petunjuk untuk aku lalui liku2 hidup, saat itu aku lalai.. bnyk perkara jahat yang aku lakukan, walaupun kdgkala aku menangis sendirian, ketika saat sejadah dibentang di atas tanah..
hari demi hari, aku cuba perbaiki apa yang tlah aku lakukan.. trmasuklah cuba memelihara maruah keluarga, dan juga mereka yang telah ku cemar.. namun, tak semuanya mengikut apa yang dihajati.. masih terdapat mereka yg menyangka, sayang nya aku pada mereka kerna kisah lampau atau aku cuba menutup kejahilan ku sendiri.. ingin aku kata mereka salah.. tapi memang aku x mampu.. hakikatnya, aku mahu memelihara kmbali maruah mereka yang aku cemar..
mungkin memohon maaf sudah memadai.. lebih-lebih lagi, jika mereka memaafkn kita.. namun perkara yang kerap ku tangiskan ketika di atas sejadah, adakah Sang Pencipta mengampunkan kesalahanku? lalu ada di antara mereka berkata, 'Allah Maha Pengampun'.. aku tunduk dan begitu malu.. kerna setiap kali aku memohon keampunan, imanku akan kembali tercalar di masa hadapan..
hidup aku kini kosong.. ternyata senyuman yang kadangkala terlempar di luar, x sama dengan keperitan di dalam.. aku cuma mampu mengharap hidayah dari Allah, agar diberikan aku kekuatan dan keimanan.. walaupun lebih 100 tahun aku menangis, aku tidak kisah.. JIKA tangisan itu berlaku ketika, saatnya terbentang sejadah di atas tanah..
Semoga Allah memberikan aku kekuatan, untuk aku berada bersama di sisi mereka yang tersayang.. dan semoga orang2 sekeliling ku, menghargai dan menyayangi aku, sebelum aku pergi menghadap Allah yang satu.. andai ada kesilapan aku, maaf atas segalanya.. doa dari kalian yang aku mohon, agar suatu hari nanti, jika aku bertemu sang pencipta, aku mampu berdiri di pintu syurga, sambil mengharap redha dari Yang Esa..
No comments:
Post a Comment