Sunday, January 8

gugur kesemua 2011

Hari ni hari meluruskan rambut yang sudah kembali curly, setelah sekian lama tidak di rebonding.. heh! :p


pergi ke saloon yang baru.. masuk.. "i nak luruskan rambut"
"boleh2.. u duduk sini.."
aktiviti meluruskan rambut selama satu jam bermula..
"ok sudah lurus.. i ingat, mau shave sikit itu tepi, boleh ar?"
"ok.. tapi takmo pendek sangat ar.."
aktivit shave bermula.... lepas aktivti shave dan menggunting selama 30 minit..
"aiya, banyak pendek maa.. u cakap mau shave sikit saja.. aiyo.. buruk oo.."
"takpa, i buat bentuk maa.. bagi style.. u check bahagian belakang"

ok.. nice shape.. but still atas panjang, rebonding lagi.. tetibe, tepi sume ilang.. ade bentuk 'V' kat belakang kepala.. so nak jadikan cerita, rambut tu jadi macam style tempurung sket.. cume tak belah tengah.. tapi disikat kebelakang..

mood ketika tu = sedey.. sebab = burok benor jadinye.. sob2!

bayar duit, beredar dari saloon tu..

dalam kereta, terpikir sekejap.. "tak boleh jadi ni, memang kene pendekkan balik sume ni.. haish.. lame tu nak jaga rambut2 ni.. hilang macam tu je dalam satu hari.."

terus memecut kereta ke saloon yang biasa aku pegi..
"bos, i mau u trim i punya rambut.. sudah rosak maa"
"haiya, apa sudah jadi sama u punya rambut?"(sambil tergelak tengok rambut aku)
"itu tadi orang sudah salah potong la.. apa macam? boleh buat?"
"sekejap aa.. i tengok dulu.. hurm, i boleh bikin balik, tapi nanti jadi sangat pendek.. u tara sayang ka? sudah lama oo u simpan, i ingat dari awal tahun dulu.."
"tara apa la bos.. pendek pun pendek la, dari jadi tempurung macam ni, baik botak.. at least x pelik bile pergi opis esok"
"betol ar u mau pendek?"
"potong saja la bos"

mood memang tersangat sedeyh melihat rambut tempurung aku. but yang paling sedey bila melihat rambut yang panjang tu dipotong sedikit demi sedikit..

pelik kan? ianya hanya rambut.. dan ianya bakal panjang kembali suatu hari nanti.. kenapa perlu aku bersedih?
sebenarnya, saat rambut tu gugur satu persatu, saat tu aku teringat segala kenangan aku sepanjang 2011.. dari saat pertama kali aku meluruskan rambut selepas break-up, hinggalah malam tahun baru 2012, rambut tu dah banyak menyaksikan segala pahit dan manis yang aku tempuh.. yerp, kadang2 rambut tu jadi agak berserabut (disebabkan nature rambut aku yang kerinting) tapi rambut serabut tu yang telah membawa aku ke ambang konvokesyen, dan juga dapat kerja di TNB.. rambut serabut tu juga yang telah menyaksikan aku break-up, gagal interview, tensen dengan kerja, tensen dengan hidup, hilang arah tujuan, putus asa dengan semua sehingga pernah aku berniat untuk melupakan soal hidup.. enjoy sepuas-puasnya sehingga habis harta ibu dan ayah aku..

:) - adakah ayat di atas sungguh hyperbola? Jujur, itu adalah apa yang berlaku disebalik senyuman yang terukir dari hari ke hari..

selesai sesi memotong rambut.. taraaaaa... rambut yang sangat pendek telah lahir semula.. :) aku menjadi lebih skema.. ye, seperti aku yang dulu..
insyaAllah, walaupun aku sedeyh, walaupun ramai yang akan ketawa melihat penampilan baru aku, aku percaya, ini adalah permulaan untuk segalanya..

adakah 2012, mampu mengembalikan kejayaan aku? hanya Allah yang mengetahui.. aku hanya mampu berdoa, agar tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. semoga Allah merahmati hidupku, dan menjadikan aku khalifah yang berguna di bumiNya.. amin..

No comments: