nafsu sering membuatkan kita lupa..
lalu luntur segala dinding keimanan yang kita bina..
didatangi pula dengan pelbagai cubaan,
yang sememangnya hanya kecil,
jika dibandingkan dengan cubaan dari sang pencipta,yakni Yang Maha Esa, untuk mereka yang lain..
cubaan membuatkan kita..
sedih? takut? berani?
walau apapun, ianya untuk menguji keimanan,
adakah kita masih umatNya?
atau kita jahil seperti yang dibinasakanNya?
terdetik, terdiam, membisu..
bingung lantas merenung keluar,
memikirkan apa yang bakal berlaku esok hari...
adakah esok menjadi hari baru?
atau mungkin esok masih sama..
hari baru?
adakah ianya dimula dengan kebaikan?
atau dimulakan dengan kejahatan dan kejahilan?
hari yang sama?
sekali lagi, yang mana bermula dahulu, kemuliaan atau kejahilan?
persoalan yang sering wujud pada diri..
dan sekali lagi termenung..
memikirkan tentang diri..
lantas terdetiknya
persepsi dari hati..
No comments:
Post a Comment