Wednesday, September 30

30.09.2009

kepala pening.. fikiran kusut.. stady tak menjadi.. speechless...

betul kan kate orang, "Allah (GOD) maha adil.. Allah maha penyayang.."

kehidupan aku, dicalari nafsu, yang buatkan aku lupa pada sang pencipta.. aku ingin menjadi aku yang dulu, taat pada perintahNya, sentiasa mengingati diri sebagai hamba kerdil di dunia.. namun semua tercalar dek godaan nafsu yang semakin hari semakin merebak ke liang tubuh aku..

Lantas, melihat aku seperti ini, Allah menurunkan ujian, yang memang mengingatkan aku pada seseorang.. Ujian lalu membuatkan aku terdiam, membisu, lantas membantu aku untuk menghargai hidup dan menjadi hamba yang taat padaNya..

---------------------------------------------------------------------------------
Berjalan di unit pediatrik Hospital Kuala Lumpur, jam 8.10 malam, pada 30 September 2009 di wad KK3.. lalu menghampiri katil 25..
"disahkan menghidap penyakit leukimia yang biasa dijangkiti kanak-kanak, LLA tahap ke 2, chance sembuh 60%, minggu depan terpaksa pakai alatan khas di badan, dan terpaksa buat kimoterapi sebanyak 11 kali.."

terdiam.. air mata yang hampir mengalir ditahan, sebak di dada ku pikul habis-habisan.. melihat susuk tubuh anak kecil berumur 5 tahun, yang diliputi wayar-wayar dan bantuan oksigen..

berbisik aku pada hati, "Alhamdulillah atas segala Ujian dari Allah, Allah mahu aku kembali mengingatiNya.."

Lantas aku berbisik ke telinga anak kecil itu.. "Kak ain, kene kuat tau.. tadi acu dah blikan kak ain buku cerita barbie, esok acu datang lagi, nanti acu baca buku cerita tu kat kakak tau.. kakak mesti suke kan.. Acu janji bile kakak dah elok nanti, acu bawak kakak pergi beli beg dengan baju barbie k!.. tapi kakak kene janji yang kakak akan kuat lawan sakit kakak, kalau tidak mcm mana nak pergi jalan.."

anak kecil itu membalas dengan senyuman..lalu berkata "acu janji k! nanti bacakan buku cerita kat ain.. nanti kalau dah sehat, kite pergi beli baju dengan beg barbie tau.. ain nak warna purple, hijau, pink.."

sekali lagi aku tahan air mata yang semakin kuat menghempaskan diri untuk keluar.. mudah jawabku "ye, acu janji"

pulang ke universiti.. kepalaku kembali kusut.. lalu mengingatkan aku pada Allah.. lantas berharap agar Allah menyelamatkan ain dan menyembuhkan penyakit yang dihadapi ain.. aku tak mau lagi kehilangan ahli keluarga yang aku sayang..

semoga kamu yang membaca post ni,dapat membantu aku untuk mendoakan kesejahteraan Nurul Ain Hafiza Mohd Fairuz..

thanks!

No comments: