Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan YANG MAHA ESA!!
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!! sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila.....takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan YANG MAHA PENCIPTA.
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya...solid betul...sungguh!!! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasih dia, yang lebih utama SOLAT, dia jaaaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadapNYA. Saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!!!
Saya sedih sangat tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan, sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, ''apa ubatnya awak??'' Saya pun bagi AL-QURAN sebagai penenang jiwa...Semoga dia cintakan-NYA lebih daripada saya.
Saya selalu sedih bila dia pesan macam-macam. ''makan, minum, jaga diri, drive elok2 nanti awak sakit saya juga yang susah....bla bla bla''. Tapi bila tengok wayang sama-sama, main boling sama-sama....terlepas asar dan maghrib begitu saja, dia tak kata satu apa pun. Aduuuuuuuhh berdosanya saya!!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia, berkasih sayang di akhirat,dan berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. YA ALLAH, ampunkannlah kami..semoga kami dapat kekal selama-lamanya di syurga nanti AMIN.... insyaallah...
No comments:
Post a Comment