dalam hidup ni, aku menghadapi satu masalah, dimana soal pendirian dan keputusan yang sering kali berubah.
aku cuba mencari identiti,yang nampaknya masih hambar ketika ini. Tatkala aku berjalan di bumi Yang Esa, aku sering mengharapkan agar wujud belas dan ihsan dariNya, agar aku mampu berada di laluan yang betul.
Alhamdulillah, setelah lebih setahun berlalu, aku berupaya untuk melupakan sedikit demi sedikit. walaupun memang aku akui, ianya tersangatlah susah. InsyaAllah,semoga Allah membantu.
dan bila dibuka balik entri2 yang lama dalam blog ni, sekali sekala terpalit senyuman akan segala suka duka yang aku dah hadapi.. dalam perjalanan menjadikan aku lebih matang.. adekah aku semakin matang hari ini? mungkin.. jika dibandingkan dengan semalam.. :D
dan walaupun entri di dalam blog ni, tidaklah sebanyak dan sehebat entri blogger yang lain, aku harap, suatu hari nanti, aku mampu tunjukkan kepada 'dia' yang halal buatku..
"sayang, ini adalah perjalanan hidup saya. Saya harap, sayang mengetahui bahwa saya tidak mengalami perjalanan yang sangat mudah sebelum saya menjadikan awak yang halal buat saya.. Setiap ayat yang saya catatkan adalah ikhlas dari persepsi hati saya.. ini adalah diari saya, ini adalah perjalanan hidup saya.."
"dan jika sayang terbaca entri ini pada masa hadapan, ketahuilah akan janji saya untuk awak. Hari ini saya berjanji untuk menjadikan saya diantara yang terbaik dalam hidup awak, dan jikalau satu hari nanti saya berkasar, lupa tanggungjawab, tidak membawa awak ke jalan yang diredhai Allah, maka ingatkanlah saya berkenaan entri ini.. agar saya kembali sedar, bahawa hari ini saya telah berjanji untuk menjaga kamu sebaik mungkin.."
-----------------------------------------------------------------
ok, adakah aku telah mengalami mood jiwang? hehe.. :D = tidak..
ini adalah entri untuk aku berjanji dengan diri aku, bagi kehidupan aku di masa hadapan kelak..
adakah aku sudah mempunyai 'dia'? = tidak..
aku catitkan hari ini, agar bila sampai waktunya kelak, 'dia' akan menyedari bahwa perjalanan ku mencari dan mengenal 'dia', bukannya bermula pada saat aku berjumpa dengannya..
No comments:
Post a Comment