Kalau aku mampu memiliki apa yang ingin aku miliki, nescaya mudah untuk aku lupa pada Allah yang Esa. Justeru, aku akur akan segala qada' dan qadar. tentang segala suratan, dan juga segala keputusan. Allah telahpun merancang sesuatu yang terbaik, istiqamah dalam hati, agar hidup akan sentiasa dilandasan Illahi.
"Jodoh itu bisa dicari. tetapi mengapa tidak dicari pada tempatnya? Misalan, jika kita berjalan-jalan di sekitar bandar, mampukah kita menjumpai permata, berlian, atau emas yang sangat bernilai di kaki-kaki lima, mahupun di bahu jalan? (ya, mungkin ada.. tapi kekerapannya?) kebanyakan adalah sampah2 buangan, debu, habuk, etc.. Manakala, benda yang bernilai seperti permata hanya dapat kita cari di pusat beli belah eklusif, yang disimpan di dalam bekas kaca, serta dikawal oleh pengawal bersenjata.Sukar bukan untuk kita memiliki permata tersebut? Jika kita benar2 mampu dan berusaha, maka kita akan memilikinya. Andai kata perumpamaan sampah dan permata ini diumpamakan seperti soal jodoh, maka anak akan mengerti apa yang dimaksudkan.."
Itu adalah ungkapan yang terpacul dari mulut seorang pendakwah yang membuatkan aku tertanya-tanya, seterusnya menyedarkan aku dari igauan yang selama ini menghantui aku.. Dalam perjalanan hidup untuk aku mencari sesuatu yang mampu mendekatkan diriku dengan Allah, ketika itulah semangat ku dikuatkan oleh "si pencinta husnul khotimah". Semakin aku mendekati, semakin aku sedar akan apa yang diperkatakannya. Padanya, tidak ada cinta sebaik cinta terhadap Allah. Istiqamah dan Ihsan terhadap Allah dalam apa yang dilakukan..
Aku akui,imanku seringkali luntur, lantas nafsu serakah seringkali menghantui diriku.. Begitu juga soal hati yang x mungkin mampu aku sorokkan terhadap "si pencinta husnul khotimah". Namun adakah bermakna aku mampu memiliki orang yang bijak beragama? sedangkan aku ini jahil tentang agama tetapi bakal menjadi seorang suami dan pemimpin dalam keluarga suatu hari kelak.. Maka, disitulah terbuka hijabku berkenaan cerita sampah dan permata..
Agak pening juga cerita entry aku kali ni kan? x mengapa, ambil masa, ulang baca, maka akan tercetus idea yang ingin aku sampaikan.
"seorang muslim itu seharusnya punya rasa cinta pda Allah dan rasul melebihi sgala2 dn harus bercita2 utk bertemu dgn Rasulullah dan malihat wjah Allah itu sdri.. itu y dkatakan halawatul iamn (kemanisn iman)... kerana redha Allah itu mahal harganya. moga mmbntu..."
"Allah y ksi idea utk sy tulis. Moga dpandu hati utk buat plihan y trbaik. jgan lupa istikharah. yup2, no one boleh influecne kte utk buat decision sbb dyornk xtaw pape pown psal kita.. tpi Allah is the one that knows what the best 4 us. . thats why apa2 pown kne berbalik pda Dia. kdang2 kte suke sthg, tpi Allah kta i2 bukan y trbaik. y pntig perlu sntiasa redha dgan apa y Allah akn tetpkn nnti.
put the whole trust on Him. i'Allah"
(dari si pencinta husnul khotimah)
buat si pencinta husnul khotimah, terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar.. Ya Allah, semoga engkau memperkuatkan imanku, agar aku sentiasa berada di jalanMu.. Jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang mencintaiMu agar suatu hari nanti, aku mampu bersama dengan orang yang benar-benar mencintai diriMu, agamaMu, serta RasulMu.. Jika terdapat khilaf terhadap doaku, wujud ketidak ikhlasan dalam ibadahku, maka sedarkan aku, agar aku mampu bangkit menjadi seorang khalifah yang sentiasa diredhaiMu. Terima Kasih Ya Allah, untuk segala nikmat dan kekuatan.. d^_^b