aku tulis apa yang aku rasa.. inilah diari aku. buat pembaca sekalian, maaf jika bahasa aku susah difahami..
hidup ni penuh dengan dugaan, begitu jugak dalam kehidupan aku, sentiasa ada perkara, sama ada baik atau buruk, akan berlaku di sekeliling aku. Aku Cuma manusia biasa, kadangkala sering melakukan kesilapan. Tapi percayalah, kesilapan yang sememangnya akan mengajar kita erti kehidupan, secara tidak langsung mendekatkan kita dengan tuhan. Alhamdulillah (thanx GOD) kerana menjadikan aku manusia sesempurna yang mungkin, dan yang paling penting, sering membantu aku menghadapi liku-liku hidup..
mak dan ayah, walaupun mungkin kadangkala pergaduhan berlaku, ia tidak pernah mematahkan kasih sayangku kepada kamu berdua.. aku sentiasa melakukan yang terbaik untuk dirimu berdua. Mungkin aku bukan anak yang terbaik di dalam keluarga, tapi percayalah, aku akan menjadi anakmu yang berguna suatu hari kelak..
aku sentiasa mendoakan yang terbaik unutk dirimu berdua.. tidak lupa buat kakak dan abang.. aku sayang korang. Walaupun korang tak Nampak, tapi percayalah aku tak pernah lupa jasa korang…
inilah aku.. hanya aku yang tahu, apa yang aku tahu… aku tak kisah bersendirian, asalkan aku tahu, betapa besarnya ciptaan Tuhan…