Saturday, November 13

buku baru, untuk lembaran yang baru..

currently, tersangatlah bz wit final project.. alhamdulillah everythin went well so far..

bercerita pasal lembaran baru, apa tu lembaran baru? pada aku, ianya adalah sesuatu yang baru, (komperm laa coz ade perkataan baru.. :D chill!)..

lepas ni, pengajian aku slama 4 tahun di UNITEN, mungkin akan tamat, sekiranya aku bjaye dalam presentation final project.. so lembaran baru akan terbuka.. aku akan melangkah untuk mengenal dunia.. yang sememangnya berbeza dari dunia universiti aku skarang ni.. kat luar, ramai yang tersungkur akibat dilapah oleh sang durjana, yang kerjanya, ambil pisau, cucuk kat belakang kita..di luar juga mengajar, bijak belajar, x semestinye boleh digunakan untuk menakluki dunia.. (xpayah dunia, malaysia or kuala lumpur, or chowkit pun belum tentu lagi).. so akan aku nantikan lembaran baru yang penuh dugaan..

lembaran baru juga bakal menyaksikan aku kmbali seperti sedia kala.. kembali kpd khidupan yg dulu.. brjalan atas titi yang dibawahnya dipenuhi api, yang ingin membaham aku sekiranya aku jatuh.. semester ini menyaksikan perhubungan aku dengan my-eX, brakhir.. selepas stahun lebih kami bersama.. kenapa aku kata aku berjalan di titi kan?
reason nye, aku akui, my ex, banyak membantu aku b4 diz.. dan mungkin payah bagi aku ntok berjalan mengenal dunia.. tapi aku akan cuba, dan belajar memahami hakikat dunia yang penuh pancaroba.. yerp at some point,she make her own mistake, so do i.. tpi kami bjaye bantu same2 ntok pulih.. mungkin jodoh kami tak panjang, so aku memilih untuk buat haluan aku sendiri..

lembaran kali ini pun bakal menyaksikan kehadiran ahli keluarga baru dalam family aku.. 'kak enon', kakak yang aku sayang, dah pun pregnant.. alhamdulillah.. smoga die slamat melahirkn anaknya kelak.. hubungan dengan ayah pun dah bertambah baik.. alhamdulillah, ayah semakin positif dengan family..

papepun, lembaran baru bakal menyaksikan 1001 rencah kehidupan yang bakal aku hadapi.. aku akan teruskan khidupan aku dengan bergembira, ketawa, menangis, hiba, suka, duka, etc.. tapi satu bende yang x mungkin berubah adalah, diri aku sendiri.. aku tetap akan menjadi aku.. menyanyangi Allah, Rasul, Keluarga, Kawan2 dan mereka yang pernah menceriakn hidup aku.. membela keluarga aku, ketika ad yang cuba memijak mereka.. sayang aku terhadap arwah abang ipar aku, juga x akan berubah.. dia merupakan sumber kekuatan yang membuatkan aku bangkit sehingga hari ni..

dan juga,benda yang xmungkin akan berubah, adalah blog ni sendiri.. ia akan terus mencatit segala persepsi yang lahir dari hati aku, untuk aku berikan kepada mereka yang benar2 ikhlas untuk mendengar, memahami, dan mengajar aku.. agar aku kuat untuk menghadapi lembaran-lembaran yang akan datang..

persepsi dari hati, tafsir pada diri,
untuk insan-insan, yang aku cintai..
hakikatnya aku adalah aku, ikhlas aku x nmpak pada mata,
tp wujud pada doa..

aku x akan tnjukkn kepada mereka tntang kebaikan,
sekiranya mereka memijak orang yang ku sayang..
tp aku tnjukkn keikhlasan,
sekiranya setitik keikhlasan wujud pada mereka..

hakikatnya, aku tetap aku, dan hanya Allah yang mengenali siapa diri aku..

Saturday, October 16

maher zain - thank you Allah

Maher zain - thank you Allah.. juz listen to this song of u guys got some time.. dun 4 get to understand the lyric as well :-)

Monday, October 11

Have a ride with my 'ego' ness..

Teringat time dulu, one of my fren said, during my secondary school, he told me bout my ego.. "Ko tau tak yang ko ni ego..." yerp, i admit i may have it inside.. but thing is, i will only be ego if i do think that i'm not guilty in the argument i have been involved..

Dulu masa kecil-kecilan, mak pernah tanye, "dah besar nanti nak jadi ape?".. mudah aku jawab, walau aku pun tak tau ape maknenye.. "Peguam".. mak bertanya lagi, "Kenapa Peguam?".. "entah laa mak, perkataan tu macam best je.. Peguam.. Lawyer..", jawabku.. lantas mak berkata, "jadi peguam ni bahaye, takut-takut kita membela mereka yang bersalah dan menghukum mereka yang tidak bersalah"..

Terima Kasih mak untuk nasihat tersebut..

Aku faham kini apa itu peguam.. mungkin sifat semulajadi aku, menegakkan diri sendiri, jika aku benar-benar tidak salah.. tapi aku xpernah lupa untuk meminta maaf jika aku bersalah..

aku akui, usia muda, darah panas, mungkin menyebabkan ego ku sangatlah tinggi.. aku pernah membenci ahli keluargaku, sehingga aku hampir tidak menegurnya berbulan-bulan.. namun semakin aku membesar, aku pelajari apa yang dikatan sebuah ikatan kekeluargaan.. walaupun egoku meluak-luak ketika itu, keluarga ku tetap menerima diriku, tanpa ada yang cuba menjauhkan diri dari aku..

Dan hakikatnya, aku ingin tegaskan, aku bukanlah ego seperti yang mereka mereka dan kamu perkatakan.. benar aku menjawab setiap perkataan yang mereka mereka dan kamu luahkan, hakikatnya, itu semua adalah sebagai jalan untuk aku menegakkan kebenaran yang aku rasa benar melalui persepsi hati, naluri dan akal ku sendiri..

Aku ingin menjadi seorang yang berpendirian, tidak mudah ditindas.. lantas menjadikan aku sebagai pembela untuk keluargaku suatu hari nanti.. Tiada apa yang penting selain Allah, Rasul, Agama dan Keluargaku.. segala hidup ku untuk mereka..

Dan ingatlah wahai mereka mereka dan kamu, aku mungkin kelihatan mudah ditindas pada luarannya, tapi aku juga mampu berfikir untuk mengatur langkah diriku, agar suatu hari nanti, mereka mereka dan kamu akan terdiam dan tersungkur pabila aku bersuara.. sedarlah, smakin mereka mereka dan kamu mengatakan dan membenci egoku, semakin kuat aku memperkukuhkan kedudukan diriku.. aku tidak berdendam, tetapi aku mengatur langkah untuk mengajar mereka mereka dan kamu.. apa itu ego, dan apa itu kebenaran.. agar mereka mereka dan kamu sedar, akan besarnya nikmat yang dikurniakan dari tuhan..

tercetuslah akhirnya, tafsir dari akal, persepsi dari hati, untuk menjaga orang-orang yang ku sayang, sebelum aku bertemu Illahi..

Friday, September 10

ramadhan,syawal,ayah

alhamdulillah, selesai sudah ibadah ramadhan.. selama sebulan, pelbagai suka dan duka ditempuh..

jujur aku akui ramadhan kali ini bukanlah ramdhan yang terbaik buatku.. imanku masih lagi luluh bila diuji dengan pelbagai ujian dari Yang Maha Esa.. namun ramadhan kali ini sudah cukup istimewa buatku, kerna aku mampu memberikan pengalaman yang terbaik buat insan bernama 'alia'..

aku memanjatkan kesyukuran ke atas Allah S.W.T.. atas segala keberkatanNya, aku masih mampu bernafas dan berada bersama di sisi keluargaku yang amat aku cintai..

syawal tiba..
pagi lagi telah ku mulakan dengan membantu ibu di dapur, menyiapkan segala juadah untuk dinikmati sebelum kami semua ke masjid.. 6.30 pagi ketika itu.. kakak sulungku masih dibuai mimpi, begitu juga abang.. kakak yang kedua, bersama suami tercinta di rumah yang lain.. sedang sibuk menolong ibu, sesekali aku terhibur dengan alunan takbir yang sudah bergema di pagi hari.. sesekali itu jugalah aku terdengar leteran ibu tentang sesuatu, "haish! mak ni dulu, kalau pagi2 raye, dah bangun.. xdanya bangun lambat.. arwah atuk garang dulu, memang die akan marah kalau bangun lambat.." aku hanya tersenyum mendengar ibu berkata demikian..

solat sunat aidilfitri..
sedang ku susuri anak tangga di hadapan pintu masjid, aku terlihat kelibat seorang fakir yang amat aku kenali.. kerna hampir setiap jumaat dia akan berada di pintu masuk masjid, meminta derma ikhlas dari orang ramai.. kagum aku melihat dirinya.. timbul rasa malu pada diri, betapa hinanya diri ini.. kenapa? seorang fakir dengan hanya memakai sehelai baju dan kain yang sudah lusuh, mampu menangis mengucap dan menghayati alunan takbir.. bahkan aku yang sudah berbaju dan berseluar baru, tidak mampu menghayati nikmatnya ramadhan dan syawal yang pergi dan hadir..

bermaafan bersama keluarga..
kami berkumpul.. tapi masing2 tidak tahu apa yang harus dilakukan.. oleh kerna timbul keadaan demikian, aku mencelah kesunyian itu dengan, "erm, jomla minta maaf ramai2, lagi lame kite tunggu, lagi banyak masa terbuang, lepas ni nak pergi kubur arwah dan solat jumaat lagi..".. namun masih ada perkara yang tidak enak berlaku ketika itu.. wujudnya perselisihan faham, yang aku rasa, dicetuskan oleh bapaku dan diburukkan lagi oleh egoku.. aku geram dengan reaksi yang ditunjukkan oleh ayahku sendiri.. lantas aku beredar dari perjumpaan tersebut.. satu dosa besar telah tercatit buatku, kerna berbalah dengan orang tuaku.. lantas aku diam dan termenung, memang hinanya aku.. derhakalah aku.. seminit kemudian, abangku memanggil aku, menandakan mereka semua sudah bersedia untuk maaf bermaafan sesama lain..

dimulakan dengan musyawwarah..
ayah memberikan sepatah dua-kata.. wujud segala teguran.. "ayah dah tua, sekarang dah 58tahun, hati orang tua sangat sensitif, jadi jagalah hati orang tua.. dengarkanlah apa yang ayah nak pesan, kerna ini mungkin wasiat ayah yang terakhir.. sebab ayah pun dah mendekati angka 60, yang pada mana angka tu, dah merupakan antara usia lewat untuk manusia..".. aku terdiam, tunduk, dan perasaanku bercampur baur.. tambah ayah lagi, "A, kamu yang sulung, suami pun dah tiada, so jagalah anak kamu baik2, carilah pengganti yang baik, agar anak2 kamu terbela dan dididik dengan baik kelak.. B, kamu merupakan waris kuat ayah, jika ayah tiada, kamu yang akan menjadi wali kepada adik dan kakak kamu.. perkasakan diri kamu, kerna kamu pewaris ayah, segala harta dan syarikat kelak, ayah amanahkan kepada kamu untuk dibahagikan bersama adik beradik kamu kelak.. C, kamu dah mempunyai suami, jagalah hati suami kamu dengan elok. turutilah segala kemahuannya yang baik.. ingat syruga di bawah tapak kaki suami.. jadilah isteri dan anak yang solehah.."

kata-kata itu tamat di situ.. sama ada mereka yang lain sedar atau tidak, ada sesuatu yang telah hilang @ 'missing' pada wasiat dan kata-kata tersebut..

sekali lagi, aku hanya mampu tunduk.. air mata ini ku tahan.. ku pendam dalam2 segala nasihat itu.. aku mau mengingati setiap bait-bait kata2 ayahandaku..

kami teruskan dengan aktiviti bermaaf-maafan.. dimulakan dengan kakak ku yang sulung.. drama air mata bermula, satu persatu berlalu.. sehingga tiba giliran aku.. aku kucup tangan ayahku, "saya minta maaf, saya tahu dikalangan anak2 ayah, saya yang paling keras kepala dan hati batu.. hakikatnya saya sayang ayah, tapi saya xmampu nak tnjukkan kerna saya kerap kali terasa dengan perlakuan ayah.." ayah membalas, "ayah tahu, kamu anak yang baik, dan dikalangan adik beradik, ayah lihat kamu yang paling cerdik.. tapi jgnlah kamu begitu bongkak dan sombong dengan ilmu yang diberi, manfaatkan sebaik mungkin.. ayah terasa dengan tindakan kamu, ayah dah tua, ayah harap kamu faham lepas ni.. ayah maafkan segala kesalahan kamu..".. "terima kasih ayah, saya sayangkan ayah, tapi saya mungkin kurang kesabaran, dan saya sebenarnya tak mampu untuk melihat segala keegoan ayah muncul kembali, maafkan saya ayah".. "ya ayah maafkan"


begitu lah buruknya diriku.. that is the dark side of me.. hanya aku dan DIA(Allah) yang mengetahui kebenaran diri aku.. sekali lagi di malam hari aku terdiam.. terfikir akan segala tindakan diriku, ramadhan yang ku tempuhi, 1 syawal yang aku lalui, dan nasihat ayah yang aku dengari.. segalanya perit untuk ditelan, tapi itu adalah hakikat.. satu harapan, agar aku menjadi anak yang lebih baik dan dapat berbakti kepada orang tuaku kelak.. satu nasihat, jangan jadi seperti diriku kerna aku bukanlah contoh anak yang baik..

namun percayalah, jika keluargaku membaca apa yang aku tulis pada hari ini, Hidupku, kejayaanku, kegembiraanku, kesedihanku, kematianku kelak dan segalanya, ku serahkan untuk Allah dan KELUARGA yang aku cintai, terutama ibu, ibu, ibu, dan AYAH.. aku sayangkan mereka semua.. kegembiraanku adalah melihat mereka gembira, dan kesedihanku adalah pabila mereka semua terluka..

persepsi dari hati, tafsir pada diri..

Afgan - Padamu Kubersujud
ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud