Mana aku harus mula menulis?
Family
Well, Alhamdulillah, Allah memberi aku seorang isteri yang sangat baik. Isteri yang sangat jujur dalam setiap perkara, dan menerima aku seadanya. Isteri yang padamana, bila aku tunjukkan segala entry di dalam blog ini, tidak pula dia melatah, malah mengangkat aku untuk terus bangkit menjadi lebih matang dan berjaya di masa hadapan. I love you sayang, Thank you for taking care of me, mak, mama, and our big family. Dan keluarga kami menjadi semakin besar. Walau kami masih belum menimang cahaya mata, Allah SWT memberi kami kegembiraan dengan mengembalikan keceriaan kepada keluarga besar kami.
Kerjaya
Meninggalkan sesuatu yang pada pandangan aku, telah menjamin masa depan aku, bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Sejujurnya aku sangat2 bersyukur dikurniakan pekerjaan di sana. Bahkan ketika ini, hampir setiap bulan aku akan melawat tempat yang aku tinggalkan demi untuk mengenang kembali segala penat lelah dan kejayaan di situ.
Alhamdulillah, Arwah ayah sempat meninggalkan kami sebuah legasi yang baik. Sejujurnya perjalanan ini banyak membuatkan aku untuk lebih istiqamah dan bersyukur di atas jalan dan dorongan yang Esa, Jika sebelum ini, aku adalah seorang pekerja, kini Allah memberi ku peluang dan ruang untuk menjadi seorang majikan. Dan kebenaran mengetahui kebenaran dunia, banyak membuka mata aku untuk memanjatkan segala kesyukuran atas segala nikmat kurniaan yang Maha Esa. Thank You Allah. Siapa sangka di usia lewat 20 an, aku telah mampu meletakkan diriku sebaris dengan mereka yang lebih tua, di dalam industri ini.
-------------------------------------
Entah kenapa, aku melihat menulis ini sebagai sesuatu yang amat membantu aku melupakan segala kedukaan. Menulis memberi aku ketenangan. Memberi aku ruang untuk meluah segala persepsi dari hati. Yeah, dengan facebook, twitter, insta, wechat, or etc, aku mampu menulis. Tapi untuk menjaga perasaan itu bukanlah mudah. Mendidik manusia memahami setiap bait bait juga amatlah sukar. Justeru, persepsi hati, mungkin adalah medium yang lebih indah. Aku bebas menulis di dunia ciptaan ku sendiri, tanpa aku risau, apa persepsi mereka di kemudian hari.
Mungkin sebab itu aku amat merindui blog ini. Dimana, permulaan aku titipkan setiap perjalanan, dan aku cuba meletakkan noktah sewaktu hari pernikahan. Moga penulisan ini tidak terhenti. Aku merindui segala perjalanan yang telah aku lalui bermula dari awal penulisan. Dan moga setiap penulisan ini, mampu memberi aku didikan untuk aku lebih matang dan berjaya nanti.
Well, terima kasih jika ada yang masih sudi singgah di dunia kecil aku. Kalian yang masih singgah, aku yakin, merupakan orang yang rapat dengan aku suatu ketika dahulu. Untuk isteri yang aku sayang, jika kau membaca entri yang aku titipkan hari ini, mohon maaf kerana tak beritahu di masa hadapan, ketika kau mula membaca kembali, setiap perkataan yang aku bicarakan.